Monday, September 14, 2009

Sembang -sembang

Pagi tadi dah janji nak buat entri pasal homemade biskut projek antara akak aku & aku kan .. hehehe entri tu tak sempat nak buat lagi sebab hari ni aku macam bizi sikit .

Petang ni tak plan nak masak apa lagi , dah hujung -hujung Ramadhan ni malas plak nak fikir nak masak apa dah pastu sekarang ni macam dah liat nak bangun sahur ..tapi nak buat mcm mana kan sebab hubby ni tak boleh kalau tak bersahur , kang macam -macam alasan dia bagi kalau tak bersahur ...hishh macam budak-budak je.

Ok lah sebagai isteri yg baik kena lah kejut kan hubby walaupun terpaksa je , tapi dah tugas kita kot kena lah buat kan .. Kadang-kadang terfikir jugak yg kita ni sebagai isteri asyik bekerja je kan , macam aku lah ni dah penat dari kerja kat ofis , balik rumah sambung pulak buat kerja rumah , entah lah asyik ada je benda yg nak dibuatkan kat rumah , dari pagi sampai la ke malam asyik buat bekerja je , samapai lah nak tidor baru stop buat kerja rumah ..

Agaknya dah memang tanggungjawab perempuan kan ... ok bukan nak komplen tapi saje je nak share dgn korang , yelah aku terfikir dari semalam lagi pasal hal ni ...

Ok , nak balik lah , tapi hubby tak call lagi , rasanya mcm balik lambat je arini ...

Ok, selamat berbuka ya ..

2 comments:

puterikurekure said...

berbuka apa semalam?

Nanny journal said...

Puan Kura-kura

semalam berbuka karipap dgn air bandung je , sebab hubby balik lambat

tapi malam tu mkn roti telur satu ...